Program Tiny Techies, Tuisyen Rakyat dan Kempen Internet Selamat
9 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Tiny Techies, Tuisyen Rakyat dan Kempen Internet Selamat (KIS) merupakan antara program yang menjadi kegemaran khususnya para pelajar di NADI Tanjung Piai. Program yang berteraskan kepada akademik dan kefahaman dalam melayari internet ini sering kali berhubung kait dengan kehidupan para pelajar seharian.
Rata-rata pelajar yang hadir terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah ini memilih 3 program sedemikian disebabkan masa yang sesuai. Kebanyakan pelajar menggemari modul yang diketengahkan di samping selari dengan silibus pembelajaran ketika di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: